" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here

<




Kehidupan semasa aku masih bergelar pelajar sekolah}
4/07/16 | 1:09:00 PG | 0Comment

Assalamualaikum semua.Hari ni aku nak cerita pasal cara pergaulan aku dari aku kenal erti kawan hinggalah aku dah besar ni.Well,semua kawan-kawan aku Alhamdulillah memberi kesan yang baik pada diri ini.Tapi itu masa sekolah rendah hingga menengah.Belum ada lagi kawan aku yang ajak aku lepak tanpa sebab dari malam hingga ke pagi-pagi buta serupa tak ada kerja lain.Banyak lagi kerja kitaorang ni.Let's start from TADIKA.

Tadika?Apa yang aku ingat tentang kawan masa tadika.Aku hanya ingat seorang sahaja kawan masa tadika.Nama dia AMIN.Entah manalah dia ni.Lama gila tak jumpa *acah rindu* .Rindu beb kawan tadika aku yang tu.Kenal baru berapa tahun.Kenapa dalam ramai ramai aku ingat dia?Sebab ada kenangan yang lawak antara kami berdua and sampai sekarang masih ingat sebab abang aku yang ingatkan.Tai itu zaman KANAK-KANAK.Manala kitorang tahu apa-apa.Tapi sayang a few month before habis tadika,aku kena berpindah.So,aku tak ada la sijil tadika tu dan aku tak sempat nak ucap SELAMAT TINGGAL kat dia..Hahahaha..Peh acah macam kau dah besar la Farhana.

Aku mulakan hari persekolahanku di Sekolah Kebangsaan Taman Koperasi Polis.Siapa pernah dengar nama sekolah ini?Yeah,inilah sekolah kebangsaan aku di Kuala Lumpur.Too many good memories kat sekolah ni.Dekat sekolah ni aku kenal erti berkawan dalam erti kata yang sebenar.Di sinilah di mana kawan-kawan ada saat susah dan senangSaaat degia,ponteng sekolah semua ada.Aku mula berkawan dengan kawan-kawan abang aku.Kenapa kawan abang?Sebab dulu aku selalu ikut ke mana sahaja abang aku pergi.Cyber Cafe,Ponteng Sekolah,Mandi Longkang?*Mandi longkang tu,masa itu airnya masih bersih umpama air sungai tau*So,kami tak risau.Semakin meningkat umur,aku mula kenal Faatihah,Fathiha,Ezzatie,Aminatulazana,Nadhirah,Nadia,Anisa and many more.Well said,merekalah kawan-kawan aku.Macam mana kenal,alahai sekolah kitorang tu bukan besar mana.Pusing-pusing jumpa orang sama.Dulu berkawan dengan lelaki sebab aku rasa selamat dengan adanya abang aku.Sebab aku tahu dia akan melindungi aku.Dia kenal kawan-kawan dia macam mana.So,biasalah kami lepak ramai-ramai,main permainan sama-sama.Sampai sempatlah terminat kawan abang sendiri..HIKHIKHIK.Tapi itu dulu.Sekarang tidak lagi.Hehehehehehe.Kami berkawan 6 tahun sepanjang aku berada di Kuala Lumpur.Tidak lama kemudian,aku mula menginjak ke alam remaja.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO ONN,sekolah di mana aku mula menjejakkan kaki semasa aku berumur 13 tahun.Masih tidak kenal ramai orang.Cuma ada seorang sahaja yang tegur aku dulu.Lupa nama dia.Yang aku ingat Madihah je.Sebab dia kawan kepada orang yang tegur aku.Kami duduk bersama sepanjang orintasi berjalan.Sehingga ke pembahagian kelas,aku berharap aku dapat sesi pagi,sebab aku ada sekolah agama di Johor.Kena ulang sekolah agama beb.HAHAHAHA.SMKDO ini banyak sangat kenangan yang entah not really a good memory tiga tahun pertama.Well,masa aku betul-betul ditinggalkan sendirian,saat aku dihentam oleh rakan-rakan ku yang lain atas bukan kesilapanku,aku dihentam atas salah faham yang berlaku.Aku yang terpaksa menanggung sendirian.Saat kawan-kawan yang berada di sisi aku sibuk dengan hal masing-masing.Aku bersendirian berhadapan dengan mereka.Aku tabahkan hati sehingga tamat waktu persekolahan.Aku balik lalu aku menghamburkan semua perasaan aku sendirian.Ye dulu,aku bukan seorang yang kuat mengadu pada kedua orang tuaku.Sehingga aku rasa stress dan tidak tahan dengan layanan mereka,lalu aku meluahkan segalanya dengan menangis.Sehingga aku dapat membuktikan bahawa aku berjaya mengharungi sehingga tamat tingkatan 3.Haahahaha.

Aku meneruskan pengajianku di SMKDO di Tingkatan 4,Masa ni,dah takde nak main hentam-hentam,sebab aku tak sekelas dengan mereka semua.Tapi masa ni aku masih melekat dengan kawan-kawan tingkatan 3 aku.Hahahaha.Sehingga aku masuk Tingkatan 5.Aku kenal si PIRANHA KFD KESAYANGAN aku.Mereka ada saat aku jatuh,bangun,sakit,sihat.Pada bila-bila masa sahaja.Mereka mengubah persepsi aku.Aku mula jarang rapat dengan orang sebab kes tingkatan 3.Gila kau,kena bash ramai-ramai tanpa kau tahu kesalahan kau yang sebenarnya.Tapi mereka yang mengubah,mereka ajar aku erti SAHABAT,Ye SAHABAT!.Mereka bukan kawan aku,mereka KELUARGA aku!!!Thanks for always be with me gais.I love you gais so much.Through ups and down.

Itulah kehidupan aku masa aku di sekolah.Mungkin next post I will share my story while I'm being the leader for kawad kaki.Heheheh

Thanks KFD for always be with me through ups and down.Thanks for keep advise me when I'm did something wrong.Thanks for everything.