" F l o w e r "

flaw

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here

<




Kolej Matrikulasi Kelantan}
16/05/14 | 1:46:00 PTG | 0Comment

Assalamualaikum semua..Haaaaaaaaachum!!Segala jenis habuk,sarang labah-labah ada..Apa khabar semua??Hana??Alhamdulillah,no more sakit-sakit.Hana just nak share yang Hana dapat tawaran ke Kolrj Matrikulasi di Kelantan.Punya la jauh ke Pantai Timur.Family Hana di Johor...Tapi inilah peluang yang Hana ada untuk travel jejauh daripada family..Nanti kalau dapat U jauh juga daripada family..Masa nilah kita nak biasakan diri duduk jauh daripada family.Tak percaya??Ni Hana bagi gambar sebagai bukti Hana dapat kat sana..


Percaya tak???Kira tahun ni ramai jugaklah kawan Hana yang ter'campak' kat KMKt tu..Katanya kami merupakan first batch yang merasmikannya..Okay,dapat je tahu yang kami first batch rasa macam nak berlari dari rumah sampai ke bandar lepas tu patah balik then buat lompat bintang seribu kali..Hahahaha..Gurau je..Sebagai manusia normal cukup sekadar jerit sampai rumah sebelah runtuh je..Hahahahaha....Okay-2,abaikan lawak yang tak menjadi tu..

Daftar??25 Mei ni dah kene daftar ke sana..Dengan ini,mula-mula daftar saya akan pastikan yang saya akan berkepit dengan kawan sekolah sampai habis musim orientasi yang setentunya yang tidak seronok tahap 24juta kali tu...Tapi dengan hati yang sedikit terbelah bagi kene ikut juga musim tu.Hahaha..Sekarang ni kami mengalami krisis nak pilih Modul berapa...Satu ke dua ke tiga ke..Rasanya kalau ada sepuluh pengsan semua nak fikir..Hahahha..Tak nak ambil fizik kene ambil sains komputer..Lepas tu semua tak tahu sains komputer tu hape..Hahaha..Nasib la nyah..So kesimpulannya kami akan bincang secara berjemaah/..

Pengesahan sijil..Ni lagi memeningkan + + +..Tak ada lah pulak cakap nak sijil apa..Dah kami fotostat segala jenis mak nenek sijil kami tu,,Cuma satu sijil je tak lengkap..SIJIL PENGAWAS..Huhuhu..Nak tengok juga cikgu sekolah tu kelam kabut macam bangunan nak runtuh nak tanda tangan sijil kami tu..Hahhahhaa..Kami pelajar yang kejam dalam membuli para guru..Bak kata kawan Hana "Kita bukan buli cikgu,tapi pihak atasan yang minta kita menjalankan tugas sepertimana cikgu menjalankan tugas mengajar kita"..Betul jugak apa yang mereka perkatakan itu..Tapi takkan nak serang satu cikgu untuk sain berpuluh salinan sijil...Hahahaha..Nasib lah cikgu oi..Kami ni dah memang tak berapa rajin nak roundabaut kat sekolah tu..Hehehehehehe...

Setakat peratusan siap semua adalah 90%..Sebab belum buka akaun muamalat,bayar yuran,pengesahan sijil dan daftar online..Yang lain dah beres...Hohoho...Payah haih,asyik nak ulang alik ke sekolah..Nak kata pelajar sekolah,den dah habis sekolah..hahahha..Okay-2,sampai sini sahaja bicara tak berapa bicara kita pada hari ini..Bye-2